Pautan

Hubungi Kami

MINGGU IT KAMPUS KESIHATAN 2012 PDF Cetak E-mail
Rabu, 22 Februari 2012 11:13
poster-mit2012
 
WARGA USM GOTONG-ROYONG MASAK BUBUR ASYURA PDF Cetak E-mail
Rabu, 18 Januari 2012 12:22

bubur_assyura

 

Kota Bharu 17 Jan - Kira-kira 500 warga Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Kubang Kerian, bergotong-royong memasak 20 kawah bubur asyura sebagai sebahagian aktiviti sambutan Maal Hijrah peringkat universiti itu, semalam. Program itu yang merupakan aktiviti tahunan universiti berkenaan, dimeriahkan dengan penyertaan penuntut antarabangsanya dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 

Baca Lagi... [WARGA USM GOTONG-ROYONG MASAK BUBUR ASYURA]
 
KAMPUS KESIHATAN KE ARAH PENSIJILAN ENVIRONMENTAL MANAGEMENT SYSTEM MS ISO 14001:2004 PDF Cetak E-mail
Rabu, 18 Januari 2012 09:58

DSC_7115

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam yang berada dalam kelasnya tersendiri, Kampus Kesihatan USM melonjak setahap lagi ke hadapan apabila mulai tahun 2012 ini, USM beriltizam untuk merangka serta melaksanakan usaha ke arah pensijilan Environmental Management System atau MS ISO 14001:2004. 9 Januari yang lalu Profesor Dato’ Mafauzy Mohamed DAN Ir. Shukri Omar, Penyelaras MS ISO 14001:2004 mewakili staf Kampus Kesihatan telahpun menyerahkan deklarasi akujanji kepada Profesor Dato’ Dr. Omar Osman ke arah pensijilan Environmental Management System, MS ISO 14001:2004. Semangat dan dedikasi Kampus Kesihatan bukan sahaja akan menghasilkan satu lagi pengirafan kualiti kepada USM, tetapi pada masa yang sama turut memberi sumbangan besar kepada penjagaan alam semesta.

 
PENSIJILAN AMALAN 5S PELENGKAP KESELURUHAN SISTEM KUALITI KAMPUS KESIHATAN PDF Cetak E-mail
Rabu, 18 Januari 2012 09:54

DSC_0440

 

5S [Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke] adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja. Tahun 2011 menutup tirai dengan 2 kejayaan besar dalam bidang kualiti bagi Kampus Kesihatan iaitu pertama, lulus audit dan layak menerima Sijil Amalan 5S, serta kedua, menerima pengiktirafan Pensijilan ICC Organisasi daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia [MPC]. Ini merupakan kali pertama sesebuah agensi kerajaan menerima pengiktirafan sedemikian kerana menggunakan konsep ICC untuk pembangunan modal insan. Hadir menyampaikan Sijil Amalan 5 S dalam majlis Konvensyen Kualiti Kampus Kesihatan baru-baru ini ialah En. Mohd Razali Husain, Ketua Pengarah MPC kepada Naib Canselor USM. Pensijilan ini menjadi pelengkap kepada keseluruhan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kampus ini.

 
USM MENANG 2 ANUGERAH INOVASI PDF Cetak E-mail
Khamis, 15 Disember 2011 11:18
KOTA BHARU 24 Nov. - Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan kecemerlangannya sebagai universiti Apex apabila dua kumpulan kakitangan dari Kampus Kesihatan universiti itu mengungguli pertandingan inovasi di peringkat dalam dan luar negara baru-baru ini.
Baca Lagi... [USM MENANG 2 ANUGERAH INOVASI]
 
TERIMA DANA PENYELIDIKAN DARI JEPUN PDF Cetak E-mail
Khamis, 15 Disember 2011 11:16

KOTA BHARU 13 Dis. - Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta rekod menjadi universiti luar Jepun kedua terbanyak yang menerima geran dari Tanita Healthy Weight Community Trust (THWCT), sebuah badan wakaf dari negara Matahari Terbit yang membiayai kerja-kerja penyelidikan dari seluruh dunia sejak 15 tahun lalu.

Baca Lagi... [TERIMA DANA PENYELIDIKAN DARI JEPUN]
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

Valid XHTML and CSS.